Monday 6 February 2012

Kesalahan-Kesalahan Tatabahasa

Kesalahan-Kesalahan Tatabahasa
Dalam karangan pelajar sudah pasti banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh mereka yang perlu kita ambil dan salin semula kesalahan tersebut untuk ditayangklan kepada para pelajar. Di samping itu kesalahan tersebut perlu dibetulkan dan dicatat oleh pelajar dalam buku cactatan agar tidak mengulanginya lagi pada masa akan datang. Antara contoh-contohnya seperti;

1. Bolehkah tuan menceritakan tentang latar belakang tuan?
Bolehkah tuan menceritakan latar belakang tuan?
2. Terima kasih di atas kesudian tuan memberikan kerjasama.
Terima kasih atas kesudian tuan memberikan kerjasama.
3. Alasan mereka adalah pakaian tradisional merupakan pakaian yang kolot .
Alasan mereka ialah pakaian tradisional merupakan pakaian yang kolot.
4. Pada ketika itu di mana saya hampir-hampir putus asa.
Pada ketika itu, saya hampir-hampir putus asa.
5. Tidak disangka-sangka program itu mendapat kedudukan paling teratas.
Tidak disangka-sangka program itu mendapat kedudukan paling atas.
atau
Tidak disangka-sangka program itu mendapat kedudukan teratas.
6. Selain daripada itu, saya juga menjalankan projek sampingan.
Selain itu, saya juga menjalankan projek sampingan.
7. Sebagai usahawan, kita hendaklah saling bantu-membantu rakan kita.
Sebagai usahawan, kita hendaklan saling membantu rakan kita.
atau
Sebagai usahawan, kita hendaklah bantu-membantu rakan kita. 

*Ayat yang berwarna merah adalah SALAH dan ayat yang dibetulkan adalah berwarna BIRU

No comments:

Post a Comment

Sila komen . satu pun dah memadai . TERIMA KASIH (: