Kuiz/Latihan

Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa  Malaysia  Tingkatan 4


Skema jawapan soalan 2 (d) –Petikan Syair
(i) Tiga ciri orang berakal ialah;

-mencontohi sifat para anbia dan aulia
-membenci kekejaman yang berlaku
-menjauhi orang yang jahat
-mengikut perintah syarak
-tidak bersifat tamak
-tidak bersifat sombong
-bersifat sama rata kepada semua rakannya
-suka merendah diri
-suka menambahkan ilmu dalam dirinya.
(pilih tiga isi sahaja) [3 markah] 


(ii) Tiga faedah jika kita bertindak dengan menggunakan akal;

-kerja yang dilakukan akan lebih sempurna dan kemas
-tidak mudah dipengaruhi oleh anasir jahat
-tidak akan menyesal terhadap sesuatu tindakan yang diambil pada masa akan datang jika berlaku kegagalaan
-dapat mengkaji serta membezakan baik dan buruk sesuatu yang hendak dilakukan.
( terima mana-mana jawapan lain yang munasabah dan pilih tiga isi sahaja)
[ 3markah] 

(iii) Tiga nilai yang terdapat dalam syair tersebut;

-kebijaksanaan iaitu bijak menggunakan akal sebelun melakukan sesuatu.
-rendah diri iaitu tidak sombong kepada rakan sebaliknya saksama kepada semua rakan.
-kasih sayang iaitu menyayangi semua orang di sekelilinginya
-kerajinan iaitu rajin memenuhi ilmu di dada.
(jawapan mestilah disertai huraian dan pilih tiga nilai sahaja)
(3 markah)


Soalan 2 (d) – Petikan Syair
Baca syair di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan
 yang berikutnya dengan mengggunakan ayat anda sendiri.
Syair Definisi Orang Berakal
Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.
Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersujam.
Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.
Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menajuhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.
Jika ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.
Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hantinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.
Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.
Harun Mat Piah (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran,2004
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan tiga ciri orang berakal berdasarkan syair di atas.
[3 markah] 

(ii) Pada pendapat anda, apakah faedah yang akan diperoleh seseorang 
jika ia bertindak dengan menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu?

Nyatakan tiga faedah tersebut.
[3 markah] 

(iii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam syair tersebut.
 [3 markah] 



Genre Cerpen = CERPEN IBU DAN CEPER

Sila siapkan latihan ini di dalam buku latihan anda masing-masing dan hantarkan kepada saya pada 13/2/2012.

 Lengkapkan

Ayat 1:
Ceper terus menggila dan mengamuk juga sehingga seluruh anak 
buah kampung kami menjadi papa kedana pada tahun itu.

Jawapan:

1.     ___________________________________________
2.     ___________________________________________

Ayat 2:
Ikan-ikan terperangkap dan banyak yang mati kerana tidak boleh
main air lagi.

Jawapan

1.    ___________________________________________
2.     ___________________________________________
3.     ___________________________________________

Ayat 3:
Aku bersama-sama sahabat-sahabat  sebaya bersorak dengan penuh 
tenaga apabila sekali sekala kami turun ke lubuknya meragau ikan 
atau sekadar menyembunyikan pucuk-pucuk buluh bermain acilut.

Jawapan:
1.     ____________________________________________
2.     ____________________________________________
3.     ____________________________________________