Saturday 4 February 2012

Ungkapan Menarik Untuk Penulisan Karangan (2)

26. Marilah sama-sama mencari resolusi bagi meleraikan simpulan yang semakin mencengkam sanubari.
27.Senantiasa berwaspada dengan syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang kian siap siaga bagi menyesatkan dan melalaikan kita.
28. Membawa seribu satu kemanisan dalam kehidupan bermasyarakat.
29. Mengukuhkan tembuk kepercayaan.
30. …..yang kian dirundung kepupusan.
31. Prerpaduan tidak membawa kerugian walau secebis tetapi mebawa keuntungan yang melaut
31. Atlet negara kini dahagakan kilauan pingat emas.
32. …….merealisasikan impian yang suatu ketika kabur.
33.Membuahkan hasil kejayaan yang kian ranum.
34……prestasi yang hambar.
35.Dengan kelajuan aras pemodenan…….
36.Kemenjerunam akhlak yang melampau
37.Kita mahukan,kelestarian kemajuan negara tanpa dinodai sebarang onak yang bakal meracuni pertumbuhan pembangunan itu sendiri.
38.Jangan biarkan gelap malam menghalang pemandangan tetapi manfaatkan cahaya bulan untuk membantu meredah kegelapan malam.
39…..supaya tidak hilang kilauannya.
40.Kehancuran sashsaih diri remaja sering dikaitkan dengan kebinasaan system kekeluargaan yang gagal.
41. Manusia begitu rakus meratah khazanah bumi bertuah negara kita.
42. Tanpa disedari mereka telah menyemai benih-benih keancuran dan kemusnahan terhadap dunia ini sperti pencemaran yang kian bermaharajalela.
43. Jangan jadi remaja yang beraja pada selera dan berguru pada nafsu.
44.Kegagalan semalan merupakan titik mula bagi kejayaan mendatang.
45. Jika kegelapan menjadi masalah pada malam hari, biarkan bintang menjadi panduan

No comments:

Post a Comment

Sila komen . satu pun dah memadai . TERIMA KASIH (: