Friday 10 February 2012

Ungkapan Menarik Untuk Penulisan Karangan (4)

Hasilan daripada membaca skip calon ,beberapa ungkapan menarik telah berjaya dikutip untuk digunakan oleh pelajar lain, seperti berikut:-
1.Kita mahukan,kelestarian kemajuan negara tanpa dinodai sebarang onak yang bakal meracuni pertumbuhan pembangunan itu sendiri.
2.Remaja janganlah biarkan gelap malam menghalang pemandangan tetapi manfaatkan cahaya bulan untuk membantu meredah kegelapan malam.
3…..supaya tidak hilang kilauannya.
4.Kehancuran sashsaih diri remaja sering dikaitkan dengan kebinasaan system kekeluargaan yang gagal.
5. Manusia begitu rakus meratah khazanah bumi bertuah negara kita.
6. Tanpa disedari mereka telah menyemai benih-benih keancuran dan kemusnahan terhadap dunia ini sperti pencemaran yang kian bermaharajalela.
7. Jangan jadi remaja yang beraja pada selera dan berguru pada nafsu.
8.Kegagalan semalan merupakan titik mula bagi kejayaan mendatang.
9. Jika kegelapan menjadi masalah pada malam hari, biarkan bintang menjadi panduan diri.
10. Tak dengar kata mak bapak, kaki lima badan tercampak.
11. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
12.Hendaklah kita ingat, sebelum nasi menjadi ubur, sebelum bahtera ditelan samudra.
13.Tanpa ilmum , malaplah duniamu.
14. Sayang anak sepanjag pengal, sayang orang tua sepanjang jalan.
15. Berkocak emosi remaja kini yang ingin ketenagan .
16. Hati remaja yang mula digigit keresahan.
17.Bill Gate pernah berkata” orang yang berubah selepas melihat orang lain berubah , sebenarnya dia tidak berubah”
18. Kata Alex Osborn, “Lampu Aladin tidak akan bersinar jika Aladin tidak menggosoknya terlebih dahulu “ .Oleh ituibu pada hendaklahmenjadi Aladin yang menggilap sinar iman dan akhlak yang mulia kepada remaja yang bakal menjadi pemimpin akan datang.

No comments:

Post a Comment

Sila komen . satu pun dah memadai . TERIMA KASIH (: