Friday, 3 February 2012

BAHASA MELAYU SPM - KERTAS 2 (1103/2)

PERINCIAN KERTAS 2

Markah penuh : 110 markah
Soalan 1 : Rumusan        30 markah
Soalan 2 :Pemahaman    35 markah
Soalan 3 : Tatabahasa     30 markah
Soalan 4 : Novel             15 markah

Masa yang diperuntukkan : 150 minit (2 jam 30 minit)

Soalan 1: Rumusan- 30 minit
Soalan 2: Pemahaman - 60 minit
Soalan 3: Pengetahuan dan kemahiran tatabahasa -30 minit
Soalan 4: Pemahaman novel -20 minit
Menyemak Jawapan   - 10 minit


Perincian Rumusan
Markah penuh  : 30 markah
Pengenalan        : 2 markah
Isi Tersurat          :12 markah
Isi Tersirat           : 4 markah
Kesimpulan        : 2 markah
*Bahasa               : 10 markah
Masa yang diperuntukkan : 30 minit


Wednesday, 1 February 2012

Ungkapan Menarik Untuk Penulisan Karangan

Ungkapan Menarik Untuk Penulisan Karangan
1. …..sebuah empayar perniagaan yang terbesar……
2. …..diragui status kehalalannya…..
3. ……berjaya menembusi pasaran antarabangsa…..
4. ……bijak menghidu peluang-peluang yang sedia ada…
5. ……mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan……
6. ……intipati agama amat penting…….
7. ……semua kemanisan mesti diselitkan juga kepahitan….
8. ……kita akan tuai apa yang kita semai……
9. ……membulatkan tekad…….
10. ……memperlebar sayap perniagaan…….
11. ……terpalit sama dengan tempias ombak kemelesetan ekonomi.
12. …..kadangkala kita dihujani kejayaan , namun kadangkala kita dihempap dugaan.
13. …..bagaikan pengembara yang kehilangan petanya.
14. …..baru hendak mendaki tangga impian
15. …..seringkali terjatuh akibat tersandung batu-batu cubaan dan terpijak onak duri dugaan
16. ……diselimuti perasaan marah yang amat sangat.
17. …..belajar dari kesilapan untuk mencari kesempurnaan
18. ……jangan sesekali mengganggap kegagalan itu pemusnah kepada cita-cita kita.
19…bagai benang yang tersimpul mati pasti dapat dileraikan.
20.Sifat kemanusian telah lama dirobek dalam hati si penjenayah.
21.Apakah sebenarnya tunjang kepada barah yang semakin bernanah ini?
22. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membenteras fenomena gelap yang menghasilkan kolam-kolam derita kepada banyak pihak.
23. Ramai ibu bapa kini yang terpukau dengan materilistik di dunia.
24. Dihantui kebimbangan yang tidak bersempadan. 
25.Remaja kini mudah hanyut dalam bahtera percintaan.

Monday, 30 January 2012

BAHASA MELAYU SPM - KERTAS 1 (1103/1)


PERINCIAN KERTAS 1

BAHAGIAN A
Karangan berpandu     : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan
Markah                        : 30 markah
Masa                            : 45 minit

Panduan agihan masa
·         Memahami dan menganalisis bahan rangsangan - 5 minit
·         Membina rangka / pelan karangan - 10 minit
·         Menulis  - 25 minit
·         Menyemak - 5 minit

BAHAGIAN B
Tajuk karangan berdasarkan kombinasi :
·         Bidang Interpersonal  (IP)
·         Bidang Maklumat       (M)
·         Bidang Estetika          (E)

Dimensi:
1) DIRI
2) KELUARGA
3) MASYARAKAT
4) NEGARA
5) ANTARABANGSA

Pilihan   : Satu daripada lima soalan
Markah : 100 markah
Masa    : 90 minit

Panduan agihan masa
·         Memahami dan menganalisis bahan rangsangan  - 10 minit
·         Membina rangka / pelan karangan - 15 minit
·         Menulis   - 55 minit
·         Menyemak  - 10 minit

JENIS KARANGAN
·         Syarahan                    
·         Ceramah / Ucapan
·         Perbahasan
·         Rencana
·         Laporan
·         Wawancara / Dialog
·         Perbincangan
·         Pengalaman
·         Surat
·         Surat \Tidak Rasmi
·         Gambaran
·         Berita
·         Penerangan Fakta
·         Penulisan esei
·         Komentar
·         Peribahasa
·         Minit Mesyuarat
·         Grafik
·         Cereka/Imaginasi
·         Ulasan /Kritikan
·         Skrip Drama
·         Cerpen

Saturday, 28 January 2012

Saturday, 7 January 2012

cetusan idea

Assalamualaikum w.b.t...:)
Salam ukhwah, pembuka bicara buat semua...untuk entri pertama pada kali ini, harapanku semoga kewujudan blog seindah suria pagi ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca terutamanya anak didikku di MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak :)


p/s: Semoga tahun 2012 memberi lebih sinar kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua..aminn:)